Ikatan Mahasiswa Johor
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Selamat Datang ke Laman Rasmi Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 selamat menghadapi peperiksaan

Go down 
AuthorMessage
mastermi
Guest




selamat menghadapi peperiksaan Empty
PostSubject: selamat menghadapi peperiksaan   selamat menghadapi peperiksaan Icon_minitimeSat Oct 25, 2008 3:19 am

assalamualaikum w.b.t
salam ikmar...
salam perpaduan..
salam muhibah...

Tujuan saya berada di sini adalah untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua ahli IKMAR yang terdiri daripada barisan MT yang berwibawa, barisan Exco yang bersungguh-sungguh dan komited serta P.E2 yang baru dilantik. Tidak lupa juga kepada semua anak Johor yang berada di bumi Minden ini. Biarlah kita jauh dari tanah tumpah darah kita, namun semangat dan kecekalan kita akan tetap membara setiap masa. Dalam kita menghadapi peperiksaan ini,pasti terdapat pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang kita melalui hari-hari yang mendatang. Oleh itu, kita perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia dalam menghadapi segala kemungkinana yang kita sendiri tidak tahu.
Oleh itu, saya menyeru kepada anda semua, buatlah yang terbaik dalam peperiksaan ini. Buktikan bahawa kita sebagai anak Johor akan tetap berjuang demi memartabatkan maruah, diri, agama dan bangsa kita.Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat sepanjang projek atau program IKMAR yang telah berjalan sepanjang semester ini. Semoga dengan kejayaan kita ini, kedudukan IKMAR akan tetap dipandang tinggi di mata masyarakat khususnya di USM yang tercinta ini.
Sekian...wassalam... Smile
Back to top Go down
che'ney
Guest




selamat menghadapi peperiksaan Empty
PostSubject: cara yang agak efisyen untuk blaja last2 minit   selamat menghadapi peperiksaan Icon_minitimeTue Oct 28, 2008 7:12 pm

OLA...Hai sume Laughing Ble dah dekat nak exam ni, macam2 ragam kite jumpe. Ada yang jalan dah tak tengok kiri kanan lagi, ada yang takut nak cakap banyak2 cz takut apa yg dibaca sume tkluar balik, ada yang nak tido kat library, ada yang xnak makan cz dah kenyang bace buku, ada jugak tu yang rileks tido memanjang sampai tak jumpa siang. hehehe. nyway, tu sume biasse kot.....
Kat sini saye nk kongsi la sikit2 cara study last minit. bukan aper, biar kurang skey sindrom Exam Fever ni. hehehe scratch

Firstly: Buat perancangan awal. nak study kut mane dulu, paper ape dlu ke..
bak kate orang study smart...hehe

2nd: Then, bley gak wat nota ringkas. Ala..ringkas2 je. mane sempat nak wat banyak2. nak bace pun x sempat nanti.
Guna Kaedah Visualisasi@animasi. translet ayat pjg2 tu kepada gambar2 yang mudah nak faham atau yang proses2 tu kepada
animasi yang mudah diingat. So, x yah nak bace bbyk.

3rd: Study biar konsisten. jangan kejap2 main game, kejap2 g dating, kejap2 tgk muvi, kejap2 tido...
lame2??? study ntah kemane, exam pn kemane.

4th: agak2 dah tepu tu, stop la dulu. gi amek angin ke..buang angin ke..makan ke..
bak kat orang tu, take 5. Kalau dah betul2 tak larat, jangan pakse2. nanti kalo shot x pasal2?
bahaye tu..

5th: Cari mood study. ada sesetengah orang mood study tu datang time pagi2, ade sesetengah orang tu time petang2, ade yang
blaja atas katil bru masuk, ade yang blaja dpn TV, ade yg blaja kt tepi tasik, ade yang wat study group, ade gak spesis
yang mood study datang bile ada "sumber inspirasi" kat depan mate. x kesah la sape2 pun, mak cik kantin ke, tukang kebun ke,
tukang cuci ke librian ke awek o pakwe ke...huhuhu

6th: kalo dah banyak sangat nak bace sampai tak tbace, ape lagi...rebus je la buku2 tu. then minum airnye.
ni petua orang dulu2 r.. sy sendiri x pernah cube. bkn ape, t abes lak ink pen wat jwb exam. huhuhu.

7th: kawan sy dulu pernah ckp, mase bace buku tu letak satu buku lagi kat atas kepale.
biar ilmu sume masuk dalam kepale. betul ke??? mengarut2...

8th: kawan sy jugak pernah ajar sy "ilmu serap". hahaha. mase tido, letak buku bwh kepala.
Pun cm xleh pcye. bukan ape, takut2 mase bgun tido abes buku tu "menyerap" ngences plak. hahaha. serap gak kan?

9th: Lastly, DOA. ape2 pun yang kita buat, mesti diakhiri dengan tawakal. ye la, after brusaha sungguh2 berserah kepada ALLAH.
Sesungguhnye DIA lah yang Maha Menentukan.

study Akhir kate, sy juz nk kongsi sikit petua aje...sape2 yang ade petua lain tu, bley r kongsi same2. Anyway, WISH U ALL BEST OF LUCK FOR BECOMING EXAM. SEMOGA RAMAI KAWAN2 KITE DAPAT DEKAN SEM NI. STRIVE FOR EXCELLENT cheers
Back to top Go down
Studente
Guest




selamat menghadapi peperiksaan Empty
PostSubject: Re: selamat menghadapi peperiksaan   selamat menghadapi peperiksaan Icon_minitimeWed Oct 29, 2008 7:03 am

Boleh tanya ckit x....yg bagi tips ni dpt brapa ek pointer sem lepas...hehehe lol!
Back to top Go down
che'ney
Guest




selamat menghadapi peperiksaan Empty
PostSubject: haha   selamat menghadapi peperiksaan Icon_minitimeThu Oct 30, 2008 11:35 am

boleh2. pointer tu x la bagus sangat.
4.08 je. dekan pun segan nak bg anugerah. canselor plak masih dalam ptimbangan.... lol!
Back to top Go down
Sponsored content





selamat menghadapi peperiksaan Empty
PostSubject: Re: selamat menghadapi peperiksaan   selamat menghadapi peperiksaan Icon_minitime

Back to top Go down
 
selamat menghadapi peperiksaan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sampaikan Salam anda disini!
» Selamat Hari Raya Aidilfitri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ikatan Mahasiswa Johor :: Berita IKMAR 2008/2009 :: Sok-sek@IKMAR-
Jump to: